Bekas Penolong Pengarah & Penolong Pegawai Pejabat Tanah Didakwa Rasuah

Diterbitkan: Rabu, 18 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas penolong pengarah dan penolong pegawai tanah di Pejabat Tanah dan Galian Negeri masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas tuduhan menerima rasuah RM5,000 antara Julai dan Ogos tahun lalu.

Bekas penolong pengarah Lilyhanah Abdul Salam, 29 dan penolong pegawai Danial Rahmad, 46, didakwa menerima suapan itu daripada Tee Seng Hoo melalui orang tengah Toh Meng Leng.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bank Maybank, Jalan Cheng Baru, Taman Cheng Baru di sini pada kira-kira pukul 10.30 malam, 8 Ogos, 2011.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk mereka tidak mengambil tindakan pengambilan balik tanah milik Tee di Lot 2288, mukim Sungai Udang, dekat sini. Mereka juga didakwa secara berasingan cuba memperoleh suapan daripada Tee di antara 16 hingga 31 Julai, 2011 bagi tujuan sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan atau mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Sazali Omar mengarahkan kedua-dua tertuduh, masing-masing dikenakan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 18 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Lilyhanah, yang tidak diwakili peguam, mengemukakan rayuan secara lisan mengurangkan ikat jamin RM30,000 yang dicadangkan pihak pendakwaan atas alasan sudah diberhentikan kerja sebab hanya berkhidmat secara kontrak.

Danial diwakili peguam Gan Seong Kim manakala pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Mohammed Heikal Ismail daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan