Perbicaraan Kes Bunuh Remaja Dipindah Ke Mahkamah Tinggi - Berita Mahkamah | mStar

Perbicaraan Kes Bunuh Remaja Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Mahkamah Majistret Telok Datok di sini, Selasa membenarkan perbicaraan kes seorang penganggur yang dituduh membunuh seorang gadis lapan tahun lepas,dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Majistret Hafizullaah Omar membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya Hemy Annerina Haja Mydin.

Kher Tian Hock, 38, didakwa membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang pada 28 Februari 2004.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan