Penganggur Didenda RM2,000 Kerana Ugut Anak, Isteri - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Didenda RM2,000 Kerana Ugut Anak, Isteri

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur pada Isnin didenda RM2,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengugut anak dan isterinya, bulan lepas.

Majistret, Suzarika Sahak menjatuhi hukuman itu terhadap A. John Leo, 55, kerana mengugut anaknya William Leo Pereira, 20, pembantu khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi dengan mengancam hendak mendatangkan kematian dengan berkata "saya akan bakar rumah ini dan membunuh kamu jika tidak keluar dari rumah ini".

Bagi pertuduhan kedua, John didakwa mengugut isterinya Treasa Fernandez, 56, seorang suri rumah dengan kata-kata ugutan sama.

Dia yang membayar denda itu, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah, di 20-1, Jalan 10/40, Pusat Kepong di sini pada 11 pagi dan 11.30 malam, 17 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Aizam Aiza Zamran manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan