Suami Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Isteri

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, isnin menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap seorang tukang cetak selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian isterinya, tahun lepas.

Ketika menjatuhi hukuman itu terhadap Lee Kim Fook, 52, Hakim Datuk Mariana Yahya turut memerintahkan supaya hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 28 Jun 2011.

Lee mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian isterinya, Yap Kwee Yin, 51, antara pukul 7 pagi dan 10 pagi di rumah mereka di Lorong Seri Setali 78, Taman Klasik di sini pada 28 Jun tahun lepas.

Sebelum ini, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, jiran mereka menemui mayat isteri tertuduh dalam keadaan terlentang di dalam stor rumah mereka yang dikunci dari luar pukul 1 tengah hari pada hari kejadian sebelum memaklumkannya kepada polis. Terdahulu di sebelah pagi, jiran berkenaan terdengar pasangan suami isteri itu bergaduh mengenai saman Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) namun tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya.

Sejurus selepas kejadian, anggota keluarga Yap dan polis cuba menghubungi Lee yang melarikan diri selepas kejadian itu tetapi gagal sehinggalah tertuduh menghubungi adiknya pada pukul 8.45 malam untuk memberitahu bahawa dia telah menyebabkan kematian isterinya.

Lee memberitahu bahawa dia telah menolak Yap ke dinding, naik ke atas badan dan menindih isterinya dengan lutut sambil mencekik lehernya setelah berang dengan tindakan Yap yang berleter mengenai saman MPK sebelum meninggalkan mangsa dengan menguncikan pintu rumah dari luar.

Selepas pengakuan itu, adik Lee menyerahkan abangnya itu kepada pihak polis untuk membantu sisatan.

Bedah siasatan yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini mendapati kematian mangsa disebabkan 'pressure to the neck' dengan mangsa disahkan patah empat tulang rusuk sebelah kanan yang menyebabkan tertusuk ke limpa selain lebam dan pendarahan di kepala serta leher.

Ketika membacakan hukuman, Mariana berkata prinsip hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh mesti ada keseimbangan dan perlu dilihat pada fakta.

"Saya setuju bahawa seorang isteri perlu dikasihi dan bukan didera sehingga boleh menyebabkan kematian," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan