Pendakwaan Tarik Balik Tuduhan, Shamsubahrin Lepas Tanpa Dibebaskan

Diterbitkan: Khamis, 12 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail pada Khamis dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada tuduhan menipu seorang pemandu teksi dua tahun lepas.

Majistret Ho Kwong Chin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Elya Ezrin Mohd Roslan memaklumkan bahawa beliau telah menerima arahan daripada pihak Jabatan Peguam Negara pada 10 April lepas untuk menarik balik pertuduhan terhadap Shamsubahrin.

Ahli perniagaan itu yang berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diwakili peguam J.Rao dan Zarina Ismail Tom. Turut hadir peguam pemerhati bagi pihak pengadu, Rasshidi Syed.

Pada 27 Januari lepas, Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu Limat Jonit, 57, dengan mempelawa lelaki itu melabur dalam perniagaannya yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan RM90,000 ke akaun ahli perniagaan itu di Maybank Pelabuhan Klang di sini pada 24 Mac 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih 10 tahun, dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Shamsubahrin turut menghadapi dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Selain itu, ahli perniagaan tersebut menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam iaitu memperdaya seorang wanita untuk membekalkan dua pembantu rumah dengan bayaran RM13,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan