Gara-Gara Suapan RM50, Pemandu Lori Didenda RM10,000

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Gara-gara memberi suapan RM50 kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemandu lori hari ini didenda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan di sini, Selasa.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mat Nasir Dullah, 48, selepas dia mengaku bersalah dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun Mat Nasir membayar denda itu.

Mat Nasir didakwa memberi suapan itu kepada Ketua Penguat kuasa JPJ KLIA, Azlee Ahmad sebagai dorongan tidak menyaman tertuduh di atas kesalahan memandu kenderaan WGU 7392 yang lesennya telah tamat tempoh di Km 12 Jalan Kuantan-Cherating pada 9.40 pagi, 27 Mei, 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mat Nasir yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan