Bicara Saman Anwar Terhadap Utusan 18 Julai

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 18 Julai dan 12 Ogos untuk perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan seorang lagi berhubung komen beliau melalui BBC.

Hakim Datuk V T Singgam menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Utusan dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak serta peguam Latheefa Koya bagi pihak Anwar.

Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman tersebut terhadap Utusan dan Abdul Aziz kerana mendakwa kedua-dua defendan telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Plaintif menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan