Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Ugut Abang Kandung

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap pertuduhan mengugut abang kandungnya, minggu lepas.

Mohd Haris Mohd Satha, 44, didakwa mengugut Mohd Yusof, 46, seorang pemandu teksi dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepadanya di Blok C, Kelumpuk Camar, AU3/8, Ampang, Ulu Kelang, di sini pada 6 petang, 4 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Mohd Haris turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki dua paket plastik disyaki syabu seberat 1.3 gram di tempat sama pada 12 tengah malam, 5 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan