Pemandu Didakwa Pecah Amanah Gagal Serah Coklat Bernilai RM45,000

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan melakukan pecah amanah iaitu tidak menghantar dan menyerahkan barangan coklat bernilai RM45,000 kepada pelanggan, pada Disember tahun lepas.

Mohd Herman Abdul Latib, 28, dari Sungai Buloh dekat sini, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Syarikat Litt Tatt Enterprise Sdn Bhd, No: 9, Jalan Laksamana 1A/KS7, Taman Sentosa, Klang dekat sini, kira-kira pukul 11.50 malam pada 13 Dis tahun lepas.

Mohd Herman, yang ditangkap pada 3 April lepas, didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Aslam membenarkannya dibebaskan dengan jaminan RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abdul Rahman sementara Mohd Herman diwakili peguam Mohd Jamil Yacob. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan