Pemandu Bas Persiaran Didakwa Cuai Sehingga Sebabkan Kematian

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Seorang pemandu bas persiaran pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan dua pelancong warga India maut dalam nahas jalan raya di Genting Highlands Mac lepas.

R. Sugumaran, 26, didakwa memandu dengan cuai sehingga menyebabkan bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di Km4.5, Jalan Genting Highlands pada 5 Mac lepas.

Kemalangan itu menyebabkan dua daripada 22 pelancong dalam bas itu maut iaitu Rajindra Kumar Agarwal, 67, dan Anita Aggarwal, 59.

Sugumaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun sehingga 10 tahun dan denda minimum dari RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurliana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Ismantie Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan