Empat Lelaki Didakwa Samun Bekas Pengarah JKR Dan Anak

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki Myanmar didakwa di dua Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyamun secara berkumpulan terhadap bekas pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) dan anaknya di Petaling Jaya, bulan lepas.

Y. Ramani, 34, S. Elangeswaran, 35, M. Saravanan, 33, dan warga Myanmar, Sultan Ahmed Sidik, 25, didakwa menyamun dengan menggunakan sebilah parang terhadap Datuk P. Srinivasan, 78, dengan merampas dua telefon bimbit, wang tunai RM1,000 dan dompet yang mengandungi antaranya kad pengenalan dan kad pesara.

Ramani, Elangeswaran dan Saravanan, yang kesemuanya penganggur, dan Sultan Ahmed Sidek, seorang pemotong rumput, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan mereka diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin tempatan.

Mereka juga dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menetapkan 14 Mei untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin manakala kesemua lelaki itu diwakili peguam Raj Preet.

Di mahkamah berlainan, mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyamun anak bekas pengarah JKR itu, Ditter Shanti Louise Srinivasan, 45, warga Australia, dengan merampas dua telefon bimbit, wang tunai 200 dolar Australia, kamera digital, cincin dan seutas rantai emas.

Hakim Rozina Ayob menetapkan 23 April untuk sebutan kes dan membenarkan ketiga-tiga lelaki tempatan itu dikekalkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin manakala warga Myanmar itu dinaikkan kepada RM12,000.

Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di rumah No 55, Jalan 17/3, Seksyen 17, Petaling Jaya, pada 2.45 pagi, 27 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Mereka diwakili peguam Datuk Suraj Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Abdul Rahim. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan