Felda Sambut Baik Keputusan Mahkamah Tolak Injunksi Interim

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Felda menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak injunksi interim menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd dan 10 daripada anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd atau untuk sebarang perbincangan yang diadakan oleh KPF mengenai perkara itu.

"Kami bersetuju dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang dengan jelas menyatakan bahawa perkara-perkara yang berkaitan kepada koperasi perlu dibawa ke Suruhanjaya Pertubuhan Koperasi Malaysia (MCSC)," kata Pengerusi Felda, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad dalam satu kenyataan, Jumaat.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan bahawa injunksi terhadap pelupusan ekuiti adalah pramatang memandangkan perwakilan KPF hanya merancang untuk membincangkan isu itu dan tiada keputusan telah diambil lagi.

Tambahan pula, dakwaan bahawa KPF memiliki 51 peratus saham bernilai RM3.13 bilion dalam Felda Holdings tidak berdasarkan bukti kukuh tetapi hanya dari khabar angin dan anggaran semata-mata.

Mohamed Isa sekali lagi mengulangi bahawa tanah peneroka seluas 500,000 hektar tidak akan digunakan bagi penyenaraian yang dicadangkan itu dan kepentingan mereka akan terus dilindungi apabila Felda Global Ventures Holdings menjadi syarikat senarai awam.

"Penyenaraian dan pewujudan satu entiti perladangan terbesar di dunia adalah satu matlamat penting negara dengan objektif menyampaikan pulangan kewangan jangka panjang yang kukuh untuk kakitangan, peneroka dan tanggungan mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan