Bekas Jurujual Kedai Pembinaan Didakwa Merompak Secara Berkumpulan

Diterbitkan: Jumaat, 6 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual kedai barang pembinaan pada Khamis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah parang, tiga tahun lepas.

Chin Wee Siong, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin itu di hadapan Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh.

Chin bersama dua orang lagi yang masih bebas didakwa merompak telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM300 milik seorang pembantu khidmat pelanggan teknologi maklumat, Nicholas Wong Fye, 28, yang juga anak kepada ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong di Lorong Kemaris 1, Bukit Bandaraya Bangsar, di sini pada 7 malam 17 Nov 2009.

Chin didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal menawarkan jaminan RM50,000 dengan dua orang penjamin kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Bagaimanapun, Chin yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia kini masih dalam tahanan Pusat Pemulihan Akhlak di Simpang Renggam, Johor, selain mempunyai seorang anak yang masih kecil dan sudah bercerai.

Hakim Che Mohamad Zulkifly membenarkan Chin diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam dan penyerahan dokumen. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan