Penghantar Surat Dituduh Cederakan Dua Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 5 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Khamis terhadap dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua orang pelajar tingkatan tiga.

Zulkarnaen Azmi, 24, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap N.Saktivel, 15, dengan memukul di bahagian kepala dan badannya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak, pada 5.30 petang, 8 November lepas.

Tertuduh juga dituduh atas pertuduhan yang sama terhadap M. Indaran, 15, dengan menendang perut dan memukul kepalanya.

Zulkarnaen yang ditangkap pada 8 Nov 2011 didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Suzarika Sahak membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nom Phot manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan