Nama Hasbie Dicatat Sebagai 'Orang Hubungan' Pada Senarai Projek - Saksi

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, Selasa, nama Hasbie Satar dicatatkan sebagai 'orang hubungan' pada senarai sembilan projek yang dikeluarkan sebuah syarikat kontraktor, lima tahun lepas.

Pengarah Gallant Route Sdn Bhd, Lim Eng Keong, 55, berkata terdapat huruf 'H' yang ditanda pada ruangan itu yang mana ia merujuk kepada Hasbie yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan II ketika itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Lim berkata selain itu terdapat ruangan 'amaun dicadangkan' pada senarai sembilan projek tersebut yang ditanda dengan beberapa angka peratusan iaitu amaun yang akan dibayar kepada 'orang hubungan' itu.

"Syarikat saya adalah subkontraktor kepada syarikat Nadi Cergas Sdn Bhd iaitu syarikat kontraktor bumiputera kelas A yang terlibat dengan projek-projek kerajaan.

"Senarai itu disediakan atas arahan seorang lagi pengarah Gallant Route iaitu Tan Kim Chooi sebagai bayaran kepada persons contact untuk projek kerajaan antara Jun 2007 hingga Mei 2008," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Sembilan projek itu termasuk pembinaan Institut Lanjutan Perubatan dan Pergigian Universiti Sains Malaysia (USM), Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT), Kompleks Anti Dadah dan Sekolah Sukan Perlis.

Lim adalah saksi pendakwa kelapan dalam perbicaraan bekas Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang dituduh terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta.

Dalam prosiding yang bermula pada 9.30 pagi itu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Anselm Charles Fernandis turut menanyakan Lim sama ada Hasbie membantu dalam memperoleh dan menguruskan untuk mendapatkan projek-projek itu.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Hasbie, Mohamad Fairuz B. Masri membantah pertanyaan itu kerana menganggap pertanyaan itu lebih berbentuk spekulasi. Hakim Ikmal Hishan membatalkan pertanyaan itu.

Semalam, tujuh orang saksi termasuk tiga pengarah syarikat dan dua pengarah urusan tampil memberi keterangan di mahkamah dalam perbicaraan kes itu.

Mereka yang dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan ialah Pengarah Urusan Zambina Wawasan Sdn Bhd, Datuk Izham Omar Merican, Pengarah Urusan PAE Builders Sdn Bhd, Abu Bakar Ismail, Pengarah Fauzi Haji Idris Sdn Bhd, Fauzi Idris, Pengarah Ismafinie (Md) Sdn Bhd, Nik Mohd Iskandar Nik Hassan, dan Pengarah Syarikat Seri Delima Anggun, Rizal Sabtu.

Hasbie, 39, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah apartment di Teluk Air Tawar, pada pukul 3.30 petang, 11 Februari tahun lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan