Mahkamah Putuskan Pada 12 April Bantahan Terhadap Saman Berhubung Lynas

Diterbitkan: Rabu, 4 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 12 April untuk membuat keputusan mengenai bantahan kerajaan terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman difailkan oleh penduduk tempatan terhadap loji, Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang berkaitan lesen operasi sementara yang diberikan kepada Lynas.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah dari pihak-pihak berkenaan, Rabu.

Pada 17 Februari, sekumpulan 10 penduduk memfailkan permohonan dengan menamakan Atomic Energy Licensing Board (AELB), yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) sebagai responden.

AELB telah menimbulkan bantahan awal berhubung permohonan kebenaran itu.

Di peringkat permulaan, peguam kanan persekutuan Noor Hisham Ismail yang mewakili AELB berhujah bahawa lesen yang dilululskan oleh AELB adalah "lesen operasi sementara" bagi mengeluar, memproses, membeli, memiliki, memegang, mengendali dan menyimpan bahan radioaktif yang dikeluarkan di bawah Peraturan (Pelesenan) Perlindungan Radiasi 1986.

Beliau berkata antara lain tujuan lesen sementara itu dikeluarkan kepada Lynas ialah untuk memberikan AELB peluang bagi menilai dan mengesahkan perisytiharan oleh Lynas mengenai langkah-langkah keselamatan dan operasinya.

Ia juga bagi menentukan Lynas membetul dan melakukan penambahbaikan kepada semua aspek keselamatan hasil proses penguatkuasaan yang dilakukan sepanjang tempoh lesen operasi sementara.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Jan bagi mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan