Selepas Sedekad, Kes Wartawan Saman Monorel Akhirnya Selesai

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman wartawan kanan Bernama David Chelliah, yang menjadi tajuk utama akhbar sepuluh tahun lalu apabila roda monorel seberat 14 kilogram jatuh dan menyebabkan beliau cedera parah di kepala, akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Penyelesaian itu dimuktamadkan menerusi proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini Jumaat lepas.

Sesi mediasi itu dipengerusikan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad pada 12 Mac, dan kedua-dua plaintif serta defendan bersetuju dengan jumlah penyelesaian, yang dirahsiakan.

Defendan menerusi syarikat insuransnya diarah membuat pembayaran penuh dalam tempoh 45 hari dari tarikh penyelesaian kes itu direkodkan oleh mahkamah.

David, 50, kini penyunting kanan di agensi berita nasional itu, berkata beliau lega kerana kes itu akhirnya tiba ke penghujung.

"Akhirnya saya dapat melihat keadilan dalam kes ini, dan saya gembira ia telah berakhir.

"Saya gembira dan ingin menutup bab ini dalam hidup saya kerana ia bukanlah suatu pengalaman yang menyenangkan untuk diingati," katanya di sini, Isnin.

David cedera parah dan tengkoraknya retak di lapan tempat apabila roda keselamatan monorel menimpa beliau ketika pengangkutan awam itu dalam sesi percubaan pada 16 Ogos 2002 di Jalan Sultan Ismail.

Beliau kemudian memfailkan saman kecuaian RM5 juta pada Mac 2003 dan enam tahun kemudian, Mahkamah Tinggi mendapati defendan iaitu Monorail Malaysia Technology Sdn Bhd dan KL Monorail Systems Sdn Bhd bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

David diwakili peguam Steven Thiru dan Brian Jit Singh di bawah bimbingan Datuk Dr Cyrus Dass dari Tetuan Shook Lin & Bok, manakala peguam T. Tharumarajah dari Tetuan Azim, Tunku Farik & Wong untuk defendan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan