Safee Sali Cerai Isteri Talak Satu

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabarina Yusof
Sabarina Yusof

SHAH ALAM: Penyerang bola sepak negara, Safee Sali, pada Isnin sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Safee, yang bermain untuk Kelab Pelita Jaya di Indonesia, melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Fouzi Mokhtar semasa satu prosiding tertutup.

Ezura Nashuha Abdul Hadi, peguam yang mewakili Sabarina, memberitahu pemberita bahawa selain daripada lafaz talak, prosiding hari ini juga menyentuh mengenai nafkah dan hak penjagaan serta melawat anak-anak.

"Semua perkara adalah persetujuan bersama kedua-dua pihak, tidak ada pertikaian dan diselesaikan secara baik dan muafakat," katanya.

Beliau berkata hak penjagaan kedua-dua anak perempuan hasil perkahwinan pasangan itu pada 2007, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Sorfina, setahun diserahkan kepada Sabarina.

Sabarina pula berkata pada Isnin segalanya telah selesai dan berharap tidak ada lagi sebarang spekulasi mengenai kisah rumah tangganya semasa bersama Safee.

Mengenai hubungannya dengan Safee selepas ini, beliau berkata:

"Kita ada dua orang anak, kena jaga perasaan (anak-anak), saya atau Safee buat yang terbaik untuk anak-anak."

Sabarina berkata beliau akan kembali ke Sarawak untuk bersama anak-anaknya yang kini berada di Kuching.

Pada prosiding hari ini, Safee hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.

Beliau yang berpakaian serba gelap termasuk songkok dan kaca mata hitam bergegas meninggalkan mahkamah sejurus selepas prosiding selesai petang tadi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan