Rampasan CD: Mahkamah Perintah Lengkapkan Penghujahan

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan di sini memerintahkan kedua-dua pihak dalam kes membabitkan rampasan cakera padat (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi kalimah 'Allah' mengemukakan alasan untuk memeriksa balas bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Clement Allan Skinner menetapkan 9 Mei untuk menyambung perbicaraan dan memerintahkan pemohon, seorang wanita Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill dan Syed Hamid (responden) melengkapkan penghujahan mereka.

Hakim Abdul Wahab berkata dalam penghujahan itu, kedua-dua pihak harus memasukkan empat alasan termasuk siapakah yang harus diperiksa balas sama ada Syed Hamid, yang membuat keputusan itu pada 2008, atau Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Tiga alasan lagi berhubung untuk memeriksa balas Menteri Dalam Negeri, penemuan dokumen yang disebut di dalam afidavit dan penemuan dokumen yang 'tidak' disebut di dalam afidavit.

Mahkamah Rayuan hari ini bersidang di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini.

Peguam Kanan Persekutuan Arik Sanusi Yeop Johari mewakili Syed Hamid dan peguam Annou Xavier mewakili Jill.

Pada 12 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Jill untuk memeriksa balas Syed Hamid.

Pada Ogos 2010, Jill failkan permohonan untuk membolehkan peguamnya memeriksa balas Syed Hamid mengenai afidavit bersumpah yang difailkan oleh Syed Hamid berhubung permohonan semakan kehakiman Jill.

Beliau mahu memeriksa balas Syed Hamid atas alasan, antara lain, untuk mengetahui kewajaran tindakan bekas menteri itu menghalang pengimportan CD berkenaan, keputusannya bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara ekslusif dalam Islam.

Jill, seorang kerani, dalam permohonan semakan kehakiman itu menuntut tiga relif mengenepikan keputusan kementerian merampas CD terbabit; perintah mandamus untuk mengarahkan kementerian itu mengembalikan CD berkenaan; dan perisytiharan bahawa dia berhak memiliki, menggunakan dan mengimport penerbitan yang mengandungi kalimah Allah.

Pada 11 Mei 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Jill mengikut Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan antara lain, mengandungi bahan bertajuk 'Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah', 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' yang dibawa dari Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan