Mahkamah Tinggi Tolak Injunksi Halang KPF Lupus Ekuiti FHB

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan pada Isnin menolak injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan berkenaan di kamarnya setelah meneliti penghujahan lisan daripada peguam peneroka terbabit dan peguam KPF.

KPF diwakili peguam J.Doshi sementara Mohd Harris Abdullah mewakili peneroka terbabit.

Pada 17 Februari lepas, lapan anggota KPF itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang koperasi itu daripada membuat sebarang keputusan pada mesyuarat agung luar biasanya (EGM) yang dijadual pada 22 Februari tetapi ditangguhkan.

Permohonan injunksi itu adalah bagi menghalang KPF daripada melupuskan sama ada kesemua atau sebahagian daripada ekuiti KPF dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Antara alasan diberi semasa membuat permohonan bahawa cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion kepada FGVH, tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF.

Mohd Harris memberitahu pemberita kemudian bahawa Mariana, semasa membuat keputusannya itu, berkata injunksi itu suatu yang pramatang bagi menghalang pelupusan ekuiti kerana perwakilan KPF hanya merancang membincangkan perkara tersebut dan belum pun ada keputusan yang dibuat mengenainya.

Peguam itu berkata hakim mendapati dakwaan plaintif bahawa KPF memiliki 51 peratus saham dalam FHB, yang dikatakan bernilai RM3.13 bilion, tidak diasaskan kepada bukti kukuh cuma daripada khabar angin dan hanya anggaran semata-mata.

"Hakim itu berkata mahkamah bukanlah forum sebenarnya untuk perkara berkenaan kerana isu berkaitan koperasi sepatutnya dibawa kepada Suruhanjaya Pertubuhan Koperasi Malaysia (MCSC)," kata Harris. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan