Dua Banduan Dipenjara, Sebat Kerana Rompak Stesen Minyak Dan Kereta Mewah

Diterbitkan: Selasa, 3 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua banduan, yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan samun, sekali lagi dihukum penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku melakukan rompakan berkumpulan bersenjata di sebuah stesen minyak serta merompak sebuah kereta mewah membabitkan kerugian kira-kira RM40,000 pada Ogos tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan ke atas Saifudin Rasid, 34, manakala seorang lagi tertuduh, Abdul Razak Md Layan, 30, dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama tiga lagi yang masih bebas di Stesen Minyak Caltex di Jalan Presiden U11, Glenmarie pada kira-kira 1.25 pagi, 9 Ogos 2011 mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim, salah seorang tertuduh mengarahkan pekerja stesen minyak menunjukkan peti wang simpanan manakala rakannya bertindak menyelongkar peti wang di kaunter serta mengambil beberapa kotak rokok sebelum melarikan diri dengan kereta milik pekerja stesen berkenaan.

Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis yang meronda di Jalan Persiaran Saujana Resort, Subang, melihat dua lelaki keluar dari sebuah kereta dan masuk ke dalam kereta Mercedes lalu menyelongkar kenderaan itu.

Selepas anggota polis berkenaan menjerit memaklumkan bahawa mereka adalah polis, kedua-dua lelaki melarikan diri namun seorang daripadanya dapat ditangkap manakala rakannya ditahan selepas terjun ke dalam tasik di Saujana Resort.

Terdahulu, Saifudin dan Abdul Razak, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan selain meminta ia berjalan serentak dengan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap mereka sebelum ini.

Siti Syakimah pula berkata Saifudin merupakan pesalah pertama manakala Abdul Razak memiliki satu rekod jenayah lampau berhubung kesalahan dadah.

"Pohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira fakta bahawa kedua-dua tertuduh sedang menjalani hukuman bagi kesalahan sama di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, iaitu hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan