Pemandu Peribadi Dan Peniaga Didenda RM3,000 Sertai Rusuhan

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi dan seorang peniaga pada Isnin masing-masing didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana menyertai rusuhan di Ampang, bulan lepas.

Majistret Noor Farah Hazwani Osman mengenakan hukuman itu terhadap Mohd Saiful Osman Taad, 25, seorang pemandu peribadi dan Emir Ariff Buxton Azzuddin Buxton, 22, seorang peniaga, selepas mereka mengaku bersalah menyertai rusuhan di Jalan Kosas 1/3, Taman Kosas, Ampang, pada 12.30 malam, 16 Mac lepas.

Manakala seorang lagi pemandu peribadi, Mohamad Suhaimi Abdul Manaff, 25, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Noor Farah Hazwani membenarkan Mohamad Suhaimi diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei depan bagi sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun hanya Saiful menjelaskan denda berkenaan manakala Emir Ariff Buxton gagal menjelaskan denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Sementara itu, Mohamad Suhaimi dihantar ke Penjara Sungai Buloh kerana gagal menjelaskan wang jaminan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan