Lima Pengarah Syarikat, Pengarah Urusan Beri Keterangan Di Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Tiga orang pengarah syarikat dua pengarah urusan tampil memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin dalam perbicaraan ke atas Hasbie Satar dalam kes pengubahan wang haram membabitkan RM2.134 juta.

Dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan ialah Pengarah Urusan Zambina Wawasan Sdn Bhd, Datuk Izham Omar Merican, Pengarah Urusan PAE Builders Sdn Bhd, Abu Bakar Ismail, Pengarah Fauzi Haji Idris Sdn Bhd, Fauzi Idris, Pengarah Ismafinie (Md) Sdn Bhd, Nik Mohd Iskandar Nik Hassan, dan Pengarah Syarikat Seri Delima Anggun, Rizal Sabtu di hadapan hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Kesemua mereka memberitahu mahkmah bahawa syarikat mereka telah memperolehi projek kerajaan antara Jun 2007 hingga Mei 2008.

Mereka berkata mereka ditawarkan beberapa projek di seluruh negara termasuk di Johor Baharu, Kuantan dan Bangi, melalui sebuah lagi syarikat kontraktor, Nadi Cergas Sdn Bhd, dan telah melakukan rundingan secara langsung.

Surat yang dikeluarkan oleh individu-individu daripada Nadi Cergas, bernama 'Haji Wan', 'Mr Lim' dan 'Mr Tan', dihantar kepada pejabat-pejabat bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Kewangan II pada masa itu, Tan Sri Nor Mohamed Yaakop di Putrajaya, antara 2007 dan 2008.

Individu-individu berkenaan itu juga berkata bahawa projek-projek tersebut diluluskan, dan syarikat-syarikat kontraktor serta Nadi Cergas telah menerima komisen antara 1.5 hingga tiga peratus daripada projek-projek berkenaan.

Projek-projek tersebut yang juga termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor Baharu dan Institut Lanjutan Perubatan dan Pergigigan Universiti Sains Malaysia (USM) di Kepala Batas sudah disiapkan.

Dua orang saksi lain, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)Daliza Jamaluddin dan Pegawai Pentadbiran di Kementerian Kewangan, Norhasliza Yahya turut memberi keterangan dalam kes terhadap Hasbie.

Hasbie, 37, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed, dikatakan melakukan kesalahannya di sebuah apartmen di Teluk Air Tawar pada pukul 3.30 petang, 11 Februari 2010.

Dia dituduh di bawah Seksyen 4 (1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hasbie diwakili oleh Y. Sheelan Samugam dan Mohamad Fairuz B. Masri, manakala Timbalan-timbalan Pendakwa raya, Anselm Charles Fernandis, Mohd Asnawi Abu Hanipah dan Hazril Harun menjalankan pendakwaan.

Perbicaraan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan