Kes PKFZ: Perbicaraan Kong Choy Ditangguh Ke 23 April

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan pada 23-24 April depan kerana pihak pembelaan memerlukan masa untuk mendapatkan keputusan pejabat Peguam Negara berhubung permohonan untuk menggugurkan pertuduhan.

Peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Chan memberitahu Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim bahawa pihaknya telah menghantar surat representasi kepada pejabat Peguam Negara bagi meminta perbicaraan kes yang ditetapkan bermula Isnin sehingga Khamis depan ditangguhkan pada satu tarikh terdekat.

Tan juga memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan satu notis usul pada 29 Mac lalu untuk meminta hakim perbicaraan (Zamani) untuk mengundur diri daripada mengendalikan perbicaraan kes itu.

Beliau berkata permohonan itu yang dikemukakan dengan afidavit sokongan Chan, di mana Chan menyatakan bahawa pada lazimnya kes berkenaan didengar oleh salah seorang daripada tiga hakim Mahkamah Tinggi jenayah Kuala Lumpur.

Tan berkata Chan mendakwa mahkamah tidak mengikut prosedur, hakim (Zamani) yang bertugas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah dipertanggungjawabkan untuk mendengar perbicaraan, memberi gambaran kepada orang awam bahawa seolah-olah pihak berkuasa telah memilih hakim.

Chan juga mendakwa tiada alasan kenapa hakim Zamani dipilih khas untuk kes berkenaan dan lagipun ia melibatkan soal logistik untuk hakim berkenaan yang perlu berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan mengesahkan pihak Peguam Negara telah menerima surat representasi Chan, yang membangkitkan beberapa isu dan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti isu-isu berkenaan.

Nordin juga memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan kepada notis usul dan afidavit sokongan Chan.

Chan menghadapi tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan memperdayakan beliau (Abdullah) bagi meluluskan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk menjalankan pembangunan projek hab penghantaran di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja-kerja pengubahsuaian di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006 bernilai RM1.9 bilion.

Chan, 56, didakwa dengan curangnya menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan akan dibiayai melalui bon oleh KDSB melalui Transshipment Megahub Berhad dengan sokongannya sebagai menteri pengangkutan.

Bekas menteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di tingkat empat blok utama di pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Chan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan