Dua Rakan Didakwa Curi & Simpan Kereta

Diterbitkan: Isnin, 2 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua rakan pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan mencuri sebuah kereta bernilai RM10,000 milik seorang lelaki dan menyimpan kereta itu hujung tahun lepas.

Bagi pertuduhan utama, Syed Ramzie Mutawally Syed Mustaffa, 27, dan Naim Shah Mohd Adam Shah, 26, didakwa mencuri kereta kepunyaan Muhammad Nur Fazrul Rosely, 27, di belakang Hotel Sri Petaling, Jalan Radin Anum, Brickfields antara 23 Dis dan 24 Disember 2011.

Mereka yang ditangkap pada 28 Mac lepas dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Syed Ramzie dan Naim Shah dituduh menyimpan kereta itu di sebuah rumah di Jalan 6/17, Jalan Gasing Seksyen 6, Petaling Jaya pada 27 Mac 2012.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-msing diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Jayanthi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan