Pemilik Kilang Besi Dilepas & Bebas Dari Tuduhan Cuba Bunuh Mekanik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pemilik kilang besi pada Jumaat menarik nafas lega apabila Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskannya daripada tiga tuduhan termasuk cuba membunuh seorang mekanik serta membakar kereta mekanik itu, tiga tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Chou Lee Kong, 40, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama Chou didakwa bersama empat orang yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Seah Kwee Gin, 35, dengan memukul mangsa menggunakan kayu dan botol kaca pada bahagian muka dan kaki kirinya di Batu 14, Puchong, Petaling dekat sini pada pukul 11 malam, 23 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pemilik kilang besi itu didakwa bersama empat yang masih bebas cuba membunuh Seah dengan menggunakan kayu dan botol kaca pada muka dan kaki kiri mekanik itu di lokasi, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan ketiga tertuduh didakwa bersama empat lagi yang masih bebas melakukan khianat dengan membakar kereta jenis Hyundai Sonata milik mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chong Kak Sen mengemukakan empat saksi manakala peguam Vasu Devan yang mewakili tertuduh memanggil enam saksi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan