Pekerja Restoran Dipenjara, Sebat Kerana Rogol Bekas Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pekerja restoran pada Jumaat dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol bekas kekasihnya, tiga tahun lepas.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasah terhadap Shahrizad Abu Hasan, 24, di akhir kes pembelaan.

Balqis dalam penghakimannya berkata walaupun tertuduh melakukan perbuatan seksual itu bersama mangsa secara sukarela namun perbuatan itu dianggap sebagai merogol kerana melibatkan mangsa bawah umur.

Shahrizad didakwa merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berusia 15 tahun di rumahnya (Shahrizad) di Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Lembah Subang, Petaling Jaya dekat sini pada 27 Jun 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Terdahulu peguam Faizul Mohd Nasir memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dan Shahrizad hanya berpendapatan RM20 sehari.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan