Bekas Polis, Dua Rakan Pencuci Kereta Dituduh Menculik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang anggota polis yang digantung tugas dan dua pencuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang lelaki pada 15 Mac lepas.

Mohd Rani Zakaria, 50, menghadapi pertuduhan itu bersama Jefri Abdullah, 28, dan Mohamad Shukri Ibrahim, 32, dikatakan menculik dan melarikan Zulkifli Dahlan, 23, untuk mendapatkan wang terbusan daripada keluarga mangsa.

Ketiga-tiga mereka mengaku faham pertuduhan yang dibacakan kepada mereka oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainida Mohd Nasir di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli, dan meminta dibicarakan.

Anggota polis itu digantung kerja kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah ketika bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan.

Mohd Rani dan dua rakannya itu diberkas polis selepas menerima wang tebusan sebanyak RM40,000 yang diserahkan anggota keluarga mangsa kepada mereka berdekatan Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur, dua hari selepas penculikan berlaku.

Ketiga-tiga mereka dituduh menculik Zulkifli pada kira-kira pukul 12 tengah hari 15 Mac di hadapan Hotel Akasia, Kuala Muda, Kedah, dengan niat menuntut tebusan RM40,000 dan mengurung mangsa di Hotel Istana, Klang, Selangor.

Mereka didakwa mengikut Seksyen (1) Akta Culik 1961 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan sekiranya disabit kesalahan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin menetapkan 25 April ini untuk sebutan kes dan tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan