Bekas Pegawai Amanah Raya Dihadapkan Ke Mahkamah Atas Tuduhan Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas pegawai eksekutif Amanah Raya Bhd(Amanah Raya) Pulau Pinang, Elias Puteh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu dalam urusan tuntutan pembahagian harta pusaka dua tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, Elias, 50, didakwa dengan niat curang menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu borang T (Peraturan 12 (3) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) dalam harta pusaka milik Din Sharif iaitu wang pampasan tanah berjumlah RM499,686.04 di lot nombor 38 geran 58436, Bandar Perai.

Bagi pertuduhan kedua, Elias dituduh menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu borang T (Peraturan 12 (3) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) dalam harta pusaka Sman Hamad iaitu wang pampasan berjumlah RM453,000 atas tanah GM 838 Lot 1526, Mukim 14, Seberang Perai Tengah.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Amanah raya Cawangan Pulau Pinang di sini pada 26 Julai 2010 dan 8 Disember 2010.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib menawarkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi setiap pertuduhan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dapat dikurangkan.

Hakim, Sitarun Nisa Abdul Aziz kemudian membenarkan tertuduh dikat jamin RM40,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. Sitarun menetapkan 3 Mei depan bagi sebutan semula kes berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan