Bekas Jururawat Dipenjara Dua Bulan, Denda RM3,000 Buang Mayat Bayi

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang bekas jururawat dihukum penjara dua bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana membuang mayat bayi yang dilahirkannya secara rahsia di Pengkalan Rama, pada Ogos tahun lepas.

Tai Muk Lien, 25, dari Pondok Batang Asahan, Jasin, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, kelihatan sebak dan menangis teresak-esak ketika Majistret Ida Rahayu Sharif menjatuhkan hukuman tersebut.

Dia didakwa menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit di sebuah rumah di Pangsapuri Tun Sri Lanang di sini, pada kira-kira 2.30 petang, 2 Ogos lepas, mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tai diwakili peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Royalina Faudzi Jushua manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shazwani Ishak.

Terdahulu, Royalina meminta hukuman ringan kerana tertuduh sudah berkahwin dan insaf.

Nur Shazwani pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tindakan Tai, yang pernah bekerja di sebuah hospital swasta di sini, tidak berperikemanusiaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan