Mahkamah Diberitahu Anwar Enggan Terima Serahan Sapina

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Khamis Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sapina yang hendak diserahkan kepadanya di Bangunan Parlimen petang Rabu.

Peguam D.Paramalingam berkata beliau akan cuba sekali lagi menyerahkan sapina itu kepada Anwar dan sekiranya gagal juga beliau akan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Anwar hadir di mahkamah.

Anwar disapina supaya memberi keterangan sebagai saksi kepada defendan dalam perbicaraan bagi tindakan saman berhubung kemudahan pinjaman tersindiket bernilai RM445 juta pada tahun 1997, yang ketika itu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Pengerusi Hong Leong Bank Berhad (HLFB), Tan Sri Quek Leng Chan juga disapina untuk menjadi saksi kepada defendan. Defendan dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan, Low Thiam Hoe.

Pesuruhjaya Mahkamah Tinggi, Hadhariah Syed Ismail menetapkan 6 April sebagai tarikh mendengar permohonan Quek untuk mengenepikan sapina terhadapnya.

Dalam tahun 1998, HLFB mengemukakan saman terhadap Low kerana kegagalannya membayar balik pinjaman bernilai RM28 juta yang diperolehinya daripada bank itu.

Pada 1999, Low mengemukakan saman balas terhadap HLFB, HLG Capital Markets Sdn Bhd dan Seow Lun Hoo, bekas ketua pegawai eksekutif Hong Leong Credit Berhad, dengan menuntut ganti rugi am di atas nasihat salah dan cuai yang diberikan kepadanya.

Dalam prosiding, Khamis, Low memberi keterangan bahawa pada Mac 1997, dua individu bernama Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah, kedua-duanya daripada sebuah syarikat, Arus Murni Sdn Bhd memberitahunya yang mereka bertindak sebagai orang utama bagi pihak Anwar dan Queck.

Low berkata Hamzah dan Mohd Faiz memberitahunya tentang urusan untuk membeli sebuah institusi kewangan, Kewangan Bersatu Berhad (KBB).

"Dengan lain perkataan, saya dan dua lagi individu itu akan menjadi penama bagi pihak utama dalam urusan berkenaan. Berdasarkan gambaran tersebut, saya bersetuju menjadi salah seorang penama bagi transaksi pinjaman tersendiket tersebut," katanya.

Apabila disoal oleh peguam Paramalingam siapakah Mohd Faiz Abdullah, Low berkata beliau adalah penulis ucapan bagi Anwar.

Apabila disoal lagi oleh Paramlingam siapkah individu-individu lain dan syarikat yang menjadi penama, Low memberitahu mereka ialah Arus Murni Sdn Bhd, Hood Osman, Nik Hussain Nik Mohamed dan Mekuritek Sdn Bhd, dan daripada apa yang beliau tahu, mereka semua adalah kroni kepada Anwar.

Beliau berkata beliau tidak memohon untuk pinjaman itu kerana semuanya diuruskan oleh wakil daripada Hong Leong bernama Seow Lun Hoo.

Low memberitahu mahkamah yang beliau diberitahu oleh Seow bahawa Quek telah mengarahkan supaya pinjaman itu diluluskan. Low berkata pinjaman tersindiket itu juga diberi kepada penama-penama yang lain bagi memenuhi sasaran plaintif (HLFB) sebanyak RM445 juta untuk pembelian KBB. Semasa disoal balas oleh peguambela Andrew Chiew, yang mewakili HLFB, Low menafikan yang beliau membuat tuduhan terhadap Anwar dan Quek mengenai urusan membeli KKB.

Ketika disoal lebih lanjut oleh Andrew, Low berkata beliau tidak menyemak balik fakta daripada Anwar dan Quek mengenai urusan yang dijalankan oleh Hamzah dan Mohd Faiz itu kerana mempercayai apa yang diberitahu kepadanya oleh kedua-dua individu berkenaan.

Perbicaraan disambung pada 12 April. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan