Kes Saman Fitnah Anwar Terhadap Wee Ditetap 10-12 September

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Khamis menetapkan 10 hingga 12 September ini untuk mendengar perbicaraan kes saman RM10 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang didakwanya telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Anwar, J. Leela dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee, semasa pengurusan kes.

Pada 18 April 2008, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Wee telah megeluarkan kata-kata fitnah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada 2007.

Beliau mendakwa perkataan fitnah itu terkandung dalam artikel bertajuk "parti-parti pada kempen terakhir mereka" yang dimuatkan dalam laman web Malaysiakini.

Anwar mendakwa perkataan fitnah oleh Wee itu adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan