Kakitangan DBKL Dipenjara 10 Tahun Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Lelaki

Diterbitkan: Khamis, 29 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, dua tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohd Jamil Teh Kamarudin, 28, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Rosbiahanin berkata berdasarkan keterangan saksi ke-11 pendakwaan iaitu Pakar Ontologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Norhayati Jaafar, terdapat kesan gigitan pada lengan mangsa, yang dilakukan tertuduh.

Hakim Rosbiahanin berkata keterangan saksi keempat pendakwaan iaitu Pakar Patologi HKL Dr Khairul Anuar Zainun turut mengesahkan terdapat kesan kecederaan dan lebam pada badan kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Mohd Jamil didakwa melakukan perbuatan itu di Pangsapuri Seri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Jalan Ipoh, Sentul antara 27 Mei hingga 3 Jun 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yong Ann Nee yang memanggil 13 saksi manakala pembelaan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh.

Mohd Jamil diwakili peguam Gerard Lazarus. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan