Penyelia Letak Kereta Dituduh Bunuh Isteri

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyelia tempat letak kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu kerana dituduh membunuh isterinya minggu lepas.

Johari Ahmad, 42, dituduh membunuh eksekutif cukai Suzilah Sabtu, 28, di rumah beralamat No B-8-9, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Cheras di sini antara 3.30 petang dan 6.41 petang pada 16 Mac.

Johari, dari Kampung Pandan di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dia tidak membuat sebarang pengakuan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.

Media melaporkan Suzilah mati ditikam ekoran satu pertengkaran. Bedah siasat menunjukkan mangsa, yang hamil lapan minggu, meninggal dunia akibat ditikam bertubi-tubi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan