Keputusan Bebas Pengetua Maahad Tahfiz Tuduhan Cabul Kekal

Diterbitkan: Rabu, 28 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Klang pada Oktober tahun lepas yang melepas dan membebaskan seorang pengetua maahad tahfiz daripada dua pertuduhan melakukan kekerasan jenayah seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun lima tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak memutuskan sedemikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Majistret Ho Kwong Bin pada 31 Okt tahun lepas yang melepas dan membebaskan Abdul Rasid Abdul Ghani, 36, daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Mohd Sofian berkata mahkamah berpuas hati bahawa Majistret Klang tidak terkhilaf ketika membuat penelitian dan penilaian berhubung kredibiliti mangsa serta percanggahan dalam keterangan saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fikrie Zabidi hadir bagi pihak perayu manakala Abdul Rasid diwakili peguam Rasshidi Syed dan Mohd Faizal Abdul Rahman.Abdul Rasid didakwa memeluk dan mencium mangsa di sebuah rumah di Kampung Delek, Klang, pada 12.15 tengah hari 27 Jan 2007.

Dia sekali lagi didakwa melakukan perbuatan serupa di tempat sama pada 11 malam pada 1 Feb 2007.

Abdul Rasid dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan