Peniaga Kecewa Suspek Curi Barang Di Kedai Tidak Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang ahli perniagaan melahirkan rasa kecewa kerana suspek kes curi barang-barang dari stor miliknya tidak dihadapkan ke mahkamah disebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberi alasan tidak cukup bukti.

Fidel Firaidi Mustapa, 49, berkata beliau hairan kenapa kes itu tidak dibawa ke mahkamah sedangkan polis telah memberkas suspek dan menemui barang-barang yang dicuri.

Beliau membuat laporan polis hari ini terhadap Timbalan Pendakwa Raya dan akan membuat aduan bertulis kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Fidel Firaidi mendakwa pencuri memecah masuk stornya di kawasan perusahaan Mergong Barrage di sini pada 11 malam 8 Mac lepas dan melarikan peralatan memotong kayu, gergaji, komputer dan mesin fotostat bernilai lebih RM50,000.

Katanya laporan mengenai kecurian itu dibuat oleh anaknya pada 9 Mac dan ekoran itu, polis memberkas seorang lelaki dan menemui barang-barang miliknya dan juga van yang digunakan membawa barang curi itu. "Saya berjumpa pegawai penyiasat di Ibupejabat Polis Kota Setar semalam dan ditunjukkan surat jawapan DPP menyatakan maklumat tidak lengkap dan kes ditutup," katanya.

Fidel Firaidi berkata beliau tidak dibenarkan untuk mengambil balik barang-barang miliknya daripada simpnana polis.

Ketua Polis Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan yang dihubungi Bernama enggan mengulas dakwaan Fidel Firaidi itu dan berkata polis akan menyambung siasatan sekiranya diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan