Mahkamah Benarkan Safee Sali Gugurkan Perintah Kembali Taat Terhadap Isteri

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mahkamah benarkan pemain bola sepak negara, Safee Sali menggugurkan perintah kembali taat yang difailkan terhadap isterinya.
Mahkamah benarkan pemain bola sepak negara, Safee Sali menggugurkan perintah kembali taat yang difailkan terhadap isterinya.

SHAH ALAM: Jutawan bola sepak, Safee Sali pada Selasa menggugurkan ‘perintah kembali taat yang difailkan terhadap isterinya’ di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Peguam Safee, Norrasyada Osman berkata beliau telah memaklumkan kepada mahkamah penyerang bola sepak yang berusia 28 tahun itu dan isterinya, Sabrina Yusof telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.

Hakim Syarie, Atras Mohamad turut membenarkan permohonan Safee sekali gus menutup kes tersebut.

Sabrina diwakili oleh peguamnya, Junaidah Bakar.

Bagaimanapun, Safee dan Sabrina tidak hadir di mahkamah.

Pada November tahun lalu, Safee telah memfailkan perintah supaya Sabrina kembali taat kepadanya. Difahamkan Sabrina kini tinggal di Sarawak sementara Safee pula tinggal di Jakarta selepas menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pasukan Pelita Jaya FC.

Kontrak bernilai RM2 juta yang ditandatanganinya itu menjadikan Safee pemain bola sepak negara pertama mendapat pendapatan bernilai jutaan ringgit.

Passangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna yang berusia setahun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan