Kes Tipu: Pemandu Teksi Ingin Tarik Balik Aduan Terhadap Shamsubahrin

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa diberitahu bahawa pengadu dalam kes Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa menipu seorang pemandu teksi sebanyak RM90,000 ingin menarik balik aduan terhadap ahli perniagaan itu.

Peguam J. Rao yang mewakili tertuduh memaklumkan kepada Majistret Ho Kwong Chin bahawa terdapat perkembangan baru dalam kes itu di mana pengadu, Limat Jonit ingin menarik balik aduan terhadap Shamsubahrin dan justeru beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baru dalam masa yang singkat.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Elya Ezrin Mohd Roslan yang mengendalikan pendakwaan dan peguam pemerhati bagi pihak pengadu, Rasshidi Syed.

Selain Rao, Shamsubahrin yang merupakan ahli perniagaan berasal dari Bukit Jelutong, Shah Alam, turut diwakili peguam Zarina Ismail Tom.

Ho membenarkan permohonan pihak pembelaan dan menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada 27 Januari lepas, Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu Limat, 57, di Maybank Pelabuhan Klang di sini, pada 24 Mac 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, ahli perniagaan itu turut menghadapi dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu menipu pengarah syarikat National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Shamsubahrin juga menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret Shah Alam iaitu memperdaya seorang wanita untuk membekalkan dua pembantu rumah dengan bayaran RM13,000. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan