Jurugambar Sambilan & Penjaga Parkir Dilepas Dengan Bon Berkelakuan Baik

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar sambilan dan penjaga parkir yang mengaku melakukan pecah rumah membabitkan kerugian RM92,000 di kediaman seorang anggota polis pada Jun tahun lepas, dilepas dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Zulkpli Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Muhammad Elham Jamaludin dan Muhammad Izak Umar, kedua-duanya berusia 22 tahun, mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah dengan cagaran masing-masing RM3,000.

Mereka turut diperintah membayar kos pendakwaan masing-masing sebanyak RM1,500 dan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh memecah masuk rumah Mohd Azani Omar, 36, dan mencuri sebuah kereta, sebuah televisyen, tiga bentuk cincin emas, seutas jam tangan, dua beg galas, tiga helai baju, kasut sukan serta dua batang pen.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di 2586/12, Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Jalan Travers, Brickfields di sini antara 1 petang 9 Jun hingga 10 pagi, 10 Jun 2011 mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Elham yang berdepan satu lagi pertuduhan pecah masuk sebuah butik pengantin, turut dilepas dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM3,000 oleh mahkamah sama selepas mengaku melakukan kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memecah masuk dan mencuri tiga buah kamera, lampu 'flash light', 'back drop', 10 buah album pelanggan, 70 pasang baju pengantin, wang tunai RM2,500, barangan andaman dan produk kecantikan, yang kesemuanya bernilai RM80,000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di kedai Shangkas Bridal milik V.G. Shilla di Jalan Bangsar antara 7 malam 22 November hingga 10 pagi 23 November 2011.

Muhammad Elham diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen dan Muhammad Izak oleh peguam Mohd Shamril Afzan Mohamed Hasim manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan