Dua Sahabat Dihukum Gantung Sampai Mati Edar 33.181 Gram Kanabis

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini atas kesalahan mengedar 33.181 gram dadah jenis kanabis lima tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh, pekerja trak tunda Ahmad Zhahril Mohd Hussin, 29, dan kerani perkapalan Nazri Abdul Hamid, 35, tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap mereka.

Mereka didakwa mengedar dadah itu di hadapan Pusat Aneka Sukaramai di Taman Sama Gaga, Permatang Pauh pada pukul 5 petang, 22 Jun 2007.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon, manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan