Remaja Bunuh Rakan Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mengarahkan seorang remaja berusia 18 tahun menjalani latihan di pusat pemulihan akhlak Sekolah Henry Gurney di Telok Mas, Melaka selepas didapati bersalah membunuh rakan sekolahnya yang berusia 13 tahun pada tahun 2010.

Semasa kejadian, tertuduh yang berasal dari Desa Kolam Ikan, Bayan Lepas, berumur 15 tahun 11 bulan.

Hakim Datuk Zamani A.Rahim mengarahkan tertuduh menjalani latihan di Sekolah Henry Gurney bermula Isnin setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 tertuduh akan ditahan dan menjalani latihan di pusat pemulihan akhlak itu mengikut perkenan Yang dipertua Negeri Pulau Pinang.

Tertuduh didakwa telah membunuh rakan sekolahnya yang berusia 13 tahun R.Surendran di Tingkat 1, 88c-01-04, Jalan Paya Terubong, Taman Seri Relau, Bayan Lepas, antara pukul 8 hingga 11 pagi pada Ogos 11, 2010, dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding pada Isnin, Zamani berkata kelakuan tertuduh adalah tidak konsisten dengan orang yang tidak bersalah sebaliknya telah dihantui dengan pemikiran yang bersalah.

Selain itu, katanya, Asid Deoksiribonukleik (DNA) tertuduh, dan darah Surendran ditemui di rumahnya (Surendran) iaitu di atas lantai bilik tidur, dapur, ruang makan, ruang tamu dan dalam tandas.

Tertuduh yang memakai t-shirt berwarna biru muda berjalur dan berseluar jeans hanya diam ketika hakim membacakan hukuman terhadapnya.

"Anda sangat bertuah. Jika tidak, saya tidak akan teragak-agak untuk menghantar anda ke tali gantung. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada anda," katanya.

Tertuduh diwakili S. Yagoo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan