Pemilik Premis Barang Lusuh Didakwa Miliki Enjin Kenderaan Curi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPING: Seorang pemilik premis barang lusuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan memiliki enjin kenderaan curi yang berjaya dikesan pihak berkuasa baru-baru ini.

R.C Muniandy, 48, dari Taman Kota Jaya, Simpang di sini mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan di depan Hakim Azuar Che Yusof.

Dia didakwa menerima dan memiliki 45 enjin dan komponen curi yang masing-masing mempunyai nombor chasis di Syarikat Shin Metak Trading and Manee Motor, Lot 1744, Kampung Ayer Puteh di sini antara 8 pagi hingga 6 petang pada 20 Feb hingga 1 Mac 2012.

Muniandy didakwa mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan atas kesalahan menerima harta curi dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda. Azuar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa Muniandy diserah kepada mahkamah serta menetapkan 30 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan dan meminta pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah bagi mengelak Muniandy lari ke luar negara.

Bagaimanapun, peguam S.Singaravadivel meminta jumlah jaminan dikurangkan kerana tertuduh memberi kerjasama semasa proses siasatan dan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bricksfield pada 13 Mac lepas. "Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berumur 12 hingga 20 tahun, yang mana anak sulungnya kini belajar di sebuah kolej," katanya sambil menambah pihaknya tiada bantahan untuk Muniandy menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, semasa prosiding kes tersebut, seorang individu tidak dikenali menimbulkan kekecohan di mahkamah apabila dengan sengaja merempuh seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Inggeris dan melontarkan kata-kata provokasi kepada petugas media.

Kumpulan petugas media kemudian terpaksa memaklumkan insiden itu kepada polis dan memohon kawalan keselamatan di mahkamah tersebut sehingga prosiding kes berkenaan selesai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan