Dua Warga Asing Dipenjara Kerana Simpan Harta Curi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Jerman dan Filipina masing-masing dikenakan hukuman penjara tiga tahun setengah dan dua tahun setengah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap 227 pertuduhan termasuk menyimpan harta curi dan cuba menipu dua pegawai bank dua minggu lepas.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Alexander Sinowenka, 51, dari Jerman dan Tomas Diaz, 66, dari Filipina selepas mereka mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu pada Khamis.

Bagi pertuduhan berkaitan harta curi, Sinowenka dan Diaz masing-masing dikenakan hukuman penjara enam bulan manakala bagi pertuduhan menipu dua pegawai bank, kedua-dua tertuduh masing-masing dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Selain itu, Diaz dikenakan hukuman penjara enam bulan lagi bagi pertuduhan menyimpan lima keping cek Kembara American Express, namun mahkamah membenarkan hukuman tersebut berjalan serentak dengan hukuman berkaitan pertuduhan harta curi yang dihadapinya.

Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara setahun terhadap Sinowenka bagi kesalahan memiliki pasport palsu.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Terdahulu, Sinowenka dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman ringan terhadapnya dengan menyatakan anak perempuannya yang berusia enam tahun masih menjalani rawatan di Manila selepas terbabit dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa.

Menurutnya, disebabkan masalah tersebut dia memerlukan banyak wang untuk membiayai rawatan anaknya itu.

Diaz pula memohon hukuman ringan kerana mendakwa dia kini menghidap kanser prostat. Ketika dihadapkan di mahkamah semalam,

Sinowenka dan Diaz didakwa menyimpan 206 keping cek Kembara American Express di bilik No.202, Hotel City, Jalan Raja Laut pada pukul 1 tengah hari, 4 Mac lepas.

Diaz turut didakwa menyimpan lima keping cek Kembara American Express di Aras 2, Pondok Polis KL Sentral, Brickfields pada waktu dan tarikh sama.

Semua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka turut didakwa cuba menipu Mohd Shukri Hanafi Kahar bahawa tujuh keping cek kembara adalah tulen, sedangkan ia palsu, bagi mendorong pegawai bank tersebut menyerahkan wang tunai US$700 kepada mereka di Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 3 Mac lepas.

Mereka juga didakwa cuba menipu Adli Othman untuk menukar enam keping cek Kembara American Express palsu dengan mata wang ringgit Malaysia di Maybank KL Sentral, Aras 1, Brickfields pada 1 tengah hari, 4 Mac lepas.

Bagi kesalahan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda.

Dalam pada itu, Sinowenka turut didakwa memiliki tiga pasport palsu atas nama Rangel Cid Proenca Jose Nuno, Fruehauf Herman J.K dan Pilip Ponte di bilik No.202, Hotel City, Jalan Raja Laut pada 7.15 malam, 4 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan