Pengurusan Kes Noh Omar Saman Kerajaan Selangor, Adun Sekinchan 5 April

Diterbitkan: Khamis, 22 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 5 April ini untuk pengurusan kes saman Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lin yang didakwa memfitnahnya melalui akhbar 'Selangor Kini'.

Penolong Kanan Pendaftar Mohamed Ruhaizat Abdullah memutuskan sedemikian ketika kes itu didengar di hadapannya pada Khamis.

Sebelum ini, pada satu sidang media, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng dan kerajaan Selangor di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 9 Mac lepas.

Selain Kerajaan Negeri Selangor, Noh turut menamakan enam orang dari sidang pengarang akhbar rasmi negeri Selangor itu sebagai defendan.

Noh, yang memfailkan saman melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anggota Parlimen Tanjung Karang itu mendakwa Selangor Kini telah menyiarkan dua artikel berunsur fitnah dalam edisi bertarikh 25 Nov hingga 2 Dis 2011.

Noh mendakwa dua artikel itu bertajuk "Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan" dan "Noh Omar khianat petani dan lesap RM110 juta untuk bantuan petani". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan