Tujuh Sahabat Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Menculik

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tujuh sahabat dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah menculik seorang ahli perniagaan, tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh V.G. Vishal, 26, Soon Yong Hwa, 21, S. Sharvin Raj, 21, V.G. Harvinther, 26, S. Richard Roy, 27, T. Kaviaraasu, 23, dan S. Jayakanthan, 29, diarah menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap pada 12 Sept 2009.

Hakim Kamardin Hashim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mereka didakwa melarikan dan mengurung Foo Kwai Sang, 54, bagi mendapatkan wang tebusan RM3 juta di Jalan Pulai 7, Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, di sini pukul 3.45 petang pada 9 Sept 2009.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Kamardin dalam penghakimannya berkata keputusan itu juga diambil setelah mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan serius yang dilakukan oleh ketujuh-tujuh tertuduh yang meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa.

Kesemua tertuduh dan ahli keluarga masing-masing dilihat menangis sebaik sahaja keputusan itu dibacakan oleh Kamardin.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, R.K. Menon, Sheikh Salem, K. Chandrasegaran, R. Jegathesan dan Kumar Palanisamy. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan