Tiada Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di KLCC - Saksi - Berita Mahkamah | mStar

Tiada Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di KLCC - Saksi

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner yang mendengar inkues pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lepas, bahawa tiada tembakan gas pemedih mata dilepaskan oleh pasukan keselamatan di sekitar kawasan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada hari tersebut.

Penyelia Keselamatan KLCC C. Kalaikumar, 42, berkata beliau tidak menghidu bau gas pemedih mata atau sebarang bau yang boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang menjalankan tugas pada hari tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun menurut penyelia itu beliau melihat sekumpulan kira-kira 3,000 orang berarak dari Jalan Sultan Ismail ke arah KLCC dan kumpulan itu berhenti di kawasan Public Bank sambil menyanyi lagu "Negaraku".

"Kemudian lebih kurang jam 4 petang tiba-tiba saya lihat kelompok kumpulan itu berarak tergesa-gesa di mana ada yang berlari dan berjalan laju namun saya tidak pasti mengapa mereka berbuat demikian," katanya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh semasa pemeriksaan utama.

Pada prosiding pada Rabu turut ditayangkan kepada mahkamah rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang diambil dari Menara Kembar Suria KLCC bagi menunjukkan gambaran jelas suasana sebenar di pekarangan KLCC pada hari berlakunya perhimpunan haram tersebut.

Rakaman yang ditayangkan selama hampir satu jam itu turut memaparkan keadaan permulaan perarakan di kawasan berkenaan serta kehadiran sebuah lori "water canon" (semburan air) oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Selain itu keadaan lain yang turut dipaparkan menerusi rakaman cctv tersebut ialah kehadiran sebuah ambulans yang berulang kali melalui jalan di hadapan bangunan KLCC sebelum berhenti di Pusat Beli-belah Avenue K.

Sementara itu ketika disoal peguam Patrick Dass yang mewakili keluarga Baharudin mengenai sama ada rakaman cctv yang ditayangkan kepada mahkamah pada Rabu telah disunting pada bahagian tertentu, saksi pendakwaan ke-20 itu menafikan perkara tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad dan Mohamad Shah Reza Nor Azman. Inkues di hadapan Koroner Zulkpli Abdullah bersambung Isnin. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan