Penganggur, Pengawal Keselamatan Mengaku Tidak Bersalah Samun Jurujual

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dan seorang pengawal keselamatan pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyamun seorang jurujual dengan mengacukan sebilah pisau, minggu lepas.

K. Murugan, 27, dan G. Gopi, 20, serta seorang lagi yang masih bebas didakwa menyamun sebuah kereta, seutas rantai emas, sebuah telefon bimbit, wang tunai RM250, dua kad ATM, smart tag, dan kunci rumah milik Wong Jee Yuen , 41, di Jalan Sri Bintang 2, Taman Sri Bintang, Sentul di sini pada 3.30 petang, 14 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Tharamjit Singh yang mewakili Murugan dan Gopi memohon supaya mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan yang memerlukan mereka melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa sehingga selesai perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 21 Mei depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan