Mahkamah Arah AELB Fail Butiran Mengenai Lesen Sementara Lynas

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Selasa memerintahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) mengemukakan butir-butir mengenai lesen sementara diberikan kepada 'Lynas Advanced Material Plant' di Gebeng, Pahang.

Peguam bersama bagi sekumpulan penduduk Gebeng K.Shanmuga memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah memerintahkan lembaga itu memfailkan affidavit bagi menjelaskan apa sebenarnya telah mereka luluskan dengan mengeluarkan lesen sementara.

Hakim Datuk Rohana Yusuf mengeluarkan perintah itu selepas mendengar hujah daripada peguam Tommy Thomas, yang mewakili penduduk, berhubung bantahan awal kerajaan terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan oleh penduduk berkenaan untuk mencabar keputusan AELB memberikan lesen itu.

Pada 17 Februari, kumpulan 10 penduduk memfailkan permohonan yang menamakan AELB, yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif; ketua pengarah Kualiti Alam Sekitar; dan Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai responden.

Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak AELB memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah menetapkan 4 April bagi mendengar jawapan AELB berhubung hujah penduduk itu terhadap bantahan AELB bagi permohonan kebenaran tersebut.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan meminta perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Jan mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan sebarang lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan Laporan Penilaian lengkap mengenai kesan-kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan sehingga laporan tersebut diluluskan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan