Lima Individu Dipenjara Sehari, Denda RM2,000 Sertai Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Rabu, 21 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima individu dihukum penjara sehari dan didenda RM2,000 atau penjara seminggu jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah kerana menyertai perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), tiga tahun lepas.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kelima-lima tertuduh di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mereka yang dijatuhi hukuman itu ialah Mohamad Sukri Mohamad Sirat, 27, Syaza Muaz Shaharudin, 22, Norazam Sakib, 47, Zul Sifli Kamma Kutty, 26, dan Hayati Abd Samad, 62.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan menyalahi undang-undang di beberapa kawasan di pekarangan Masjid Negara dekat sini antara pukul 9 dan 11 pagi, pada 1 Ogos 2009.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun dan denda tidak melebihi RM10,000.

Kelima-lima tertuduh membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim manakala barisan pembelaan diketuai peguam Azizul Shariman Mat Yusoff.

Pada 22 Feb lepas, seramai 11 individu dihukum penjara sehari dan denda RM2,000 oleh mahkamah yang sama kerana menyertai perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan