Penghantar Surat Diperintah Bela Diri Rompak Anggota Tentera

Diterbitkan: Selasa, 20 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar surat pada Selasa diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak seorang anggota tentera membabitkan RM462, dua tahun lepas.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Affendy Mohd Ariffin, 30, di akhir kes pendakwaan.

"Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes. Oleh itu tertuduh diperintah membela diri," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membela diri bermula, Selasa.

Mengikut kertas pertuduhan, Affendy didakwa merompak beg berwarna merah milik Suzana Mohd Sidek yang mengandungi beg duit, telefon bimbit jenama Nokia dan wang tunai RM12 yang keseluruhannya bernilai RM462 di Jalan Semarak, Sentul di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Julai 2010.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zakaria telah memanggil seramai empat orang saksi manakala tertuduh diwakili peguam R. Thrichelvam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan